UTAMAPENGASASGALERISTUDIOARKIBHUBUNGI

     
 

 
     
 

 

Mohamed bin Chik atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Kedidi mula menuntut Buah Pukul dari ayahnya sendiri.

Sewaktu berusia 9 tahun, beliau ke Kelantan untuk menambahkan ilmunya. Ketika berumur 19 tahun pula, beliau berguru dengan Awang bin Idris, iaitu abang iparnya.

Pada tahun 1939, sewaktu berumur 27 tahun, beliau menyertai pasukan polis dan ditugaskan di sempadan Siam. Di sana, beliau sempat berguru aliran Tomoi dengan Tok Chah, seorang guru yang masyhur di Padang.

Berkat kegigihan Pak Mat Kedidi, beliau menjadi juara Tomoi di Padang dengan gelaran ‘Black Beetle’ (Kumbang Hitam). Selepas itu, beliau berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Sungai Belum, Melaka untuk berguru dengan Long Aman bin Ujang dalam aliran Sendeng Asli Muar, di mana Pak Mat Kedidi turut mendalami seni Tekpi.

Pak Mat Kedidi yang turut menuntut Buah Pukul dari Cu Aman akhirnya menerima ‘Nukil’ (Catatan Salasilah Perguruan) daripada gurunya itu pada tahun 1961 di samping disuruh berguru dengan Kadi daerah Mersing ketika itu iaitu Sani Abu Samah.

Sebelum bersara, beliau bersahabat dengan Pak Manas, guru silat Sunting Johor dan berjumpa dengan abang sepupunya, Haji Ahmad Awang, mufti kerajaan negeri Johor ketika itu.

Setelah bersara, Pak Mat Kedidi mengembangkan seni ini yang menggabungkan Sendeng, Sunting, Buah Pukul Mersing dan Tomoi di dalam satu permainan yang kukuh dan mengekalkan identiti dan konsep asas buah pukul iaitu, "Hendak Mengena, Tak Nak Kena"

 
 

.