Ikuti
Beladiri Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi di
saluran-saluran berikut:
Latihan
Beladiri Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi diadakan
setiap hari Jumaat jam 9.00 - 11.00 malam. Tuan/puan
dialu-alukan berkunjung ke studio kami untuk mengenali
perguruan kami dengan lebih dekat lagi di alamat
berikut:
Celerity Fitness Studio
No. 58A, Jalan BRP 1/2,
Bukit Rahman Putra, Sek. U20,
40160 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Ketua Jurulatih:
Yazid Abdul Rani
H/P: 019-254 2174
E-mail:
senjatalapan@gmail.com
Kelas Seni Tekpi Senjata Lapan
Alamat Studio
Latihan Senjata Lapan
Untuk makluman, studio Beladiri Jurus Senjata
Lapan Pak Mat Kedidi telah berpindah dari USJ9,
Subang Jaya ke Bukit Rahman Putra. Alamat studio
dan masa latihan baru adalah seperti berikut:
Alamat
:
No. 58A, Jalan BRP 1/2,
Bukit Rahman Putra, Sek. U20,
40160 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Hari &
Masa
:
Jumaat
- 9.00 - 11.00 malam
National
Geographic: Inside Silat
Pak Mat
Kedidi - Lian 02
Beladiri
Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi adalah aliran
seni beladiri yang diasaskan oleh Pak Mat Kedidi yang
menjadikan buah pukul sebagai asas pelajarannya.
Mata
pelajaran Senjata Lapan adalah padat, ringkas dan mudah
dipelajari. Ianya lebih menitik beratkan latih tubi dan
kefahaman. Okjektif Senjata Lapan ialah SILATURRAHIM,
SIHAT, SELAMAT.
05 Mei 2010, hari Rabu, kami minum di Restoran
Uncle Joe, di bawah studio Whyfit yang juga merupakan
gelanggang latihan Jurus Senjata Lapan (JS8). Cikgu
Yazid baru sahaja sampai dari Australia pada sebelah
paginya. Malam itu sepatutnya ada latihan tapi atas
makluman dan cadangan dari salah seorang jurulatih JS8,
kami merancang untuk menziarahi salah seorang sahabat
JS8 di Pantai Dalam iaitu Sdr. Sidek yang terlibat
dengan kemalangan beberapa minggu sebelum itu. Sementara
menunggu beberapa orang sahabat yang ingin turut serta,
kami berbincang untuk melawat Pak Mat Kedidi pada minggu
tersebut memandangkan Cikgu Wandy akan melangsungkan
perkahwinan pada minggu berikutnya.