UTAMAPENGASASGALERISTUDIOARKIBHUBUNGI

     
 

 
     
 

 
 

.

 
 
 

 
 

 

 
  Subang Jaya, 6 Mac 2010 - Beladiri Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi telah menganjurkan satu Seminar Perubatan Islam bertempat di Studio Beladiri Whyfit, USJ9, Subang Jaya.

Penceramah seminar adalah Ustaz Saiful Muhammad, guru agama sepenuh masa tauliah Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Beliau juga adalah pengasas
Perubatan Islam Darus Soffah dan Yang DiPertua dan Guru Besar Utama Pertubuhan Seni Silat Telapak Nusantara Malaysia.

Banyak ilmu dan panduan berguna yang dicurahkan oleh beliau, antaranya adalah mengenai konsep dan kaedah perubatan dalam Islam, amalan-amalan dalam ilmu beladiri terutamanya silat yang dibolehkan dan yang tidak dibolehkan dalam Islam dan sebagainya.

Pendekatan seminar yang dibuat secara santai, ditambah pula dengan isi kandungannya yang sememangnya relevan dengan persekitaran dan isu semasa membuatkan peserta tidak bosan untuk terus fokus walaupun seminar ini berjalan sehingga masuk waktu Maghrib. Majlis diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah di mana Ustaz Saiful sendiri yang menjadi imamnya.